- · Dalam 30 tahun kebelakangan ini, China bangkit sebagai sebuah negara yang membangun dari sudut ekonominya. Kebangkitan China tersebut telah memberi kesan terhadap struktur ekonomi global dan memberi kesan terhadap hubungan multilateral perdagangan serantau. Keadaan ini telah memberi pengaruh yang besar terhadap hubungan AS-China. Hal ini demikian kerana kebangkitan China sebagai sebuah kuasa ekonomi di rantau Asia telah memberi kebimbangan terhadap Amerika Syarikat (AS) kerana keadaan tersebut boleh menggugat kedudukan AS sebagai sebuah kuasa unipolar selepas era Perang Dingin (Cold War).
- · Laporan terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bertajuk World Economic Outlook, October 2020: A Long and Difficult Ascent mengesahkan bahawa China telah memintas Amerika Syarikat (AS) sebagai kuasa ekonomi nombor satu dunia.
- · Laporan IMF itu yang merupakan satu-satunya laporan perbandingan ekonomi antara negara yang diterima pakai Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mencatatkan bahawa nilai ekonomi China kini ialah US$24.2 trilion, mengatasi AS yang bersaiz US$20.8 trilion. Profesor Graham Allison dari Harvard Kennedy School mengulas laporan IMF itu dengan agak menarik melalui ‘Big Mac Index’ seperti mana yang dilaporkan majalah The Economist.
- · Menurut Professor Allison, usaha untuk mengukur seterusnya membandingkan ekonomi antara dua negara yang berbeza adalah cukup kompleks. Secara konvensionalnya, ahli ekonomi menggunakan metrik yang dikenali sebagai kadar tukaran pasaran (MER) untuk mengukur Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) sesebuah negara.
- · Kaedah itu menghimpunkan kesemua barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan sesebuah negara dalam mata wang mereka sendiri dan kemudian jumlah nilai tersebut dibandingkan dengan nilai mata wang US$ mengikut ‘kadar tukaran pasaran’ semasa.
- · Ekonomi AS dijadikan sandaran perbandingan kerana kekuatan ekonominya selepas Perang Dunia Kedua yang menyaksikan saiz ekonominya hampir separuh daripada keseluruhan KDNK global.
- · Bagi tahun 2020, nilai keseluruhan barangan dan perkhidmatan dihasilkan di China dijangka sebanyak 102 trilion Yuan. Apabila nilai itu ditukar ke mata wang US$ pada kadar pasaran semasa iaitu 7 Yuan bersamaan 1 Dollar, KDNK MER China adalah US$14.6 trilion berbanding KDNK AS yang bernilai US$20.8 trilion.
No comments:
New comments are not allowed.