Bandar Metropolitan Di China

Bandar Metropolitan Di China

KEBANGKITAN

 

PEMBANGUNAN EKONOMI CHINA DI BAWAH KUASA KOMUNIS Dalam matlamatnya mencapai taraf sebuah negara maju, China telah berusaha untuk membentuk satu sistem ekonomi yang teratur serta mampu untuk menangani sebarang krisis atau masalah yang timbul supaya keadaan ekonomi di negara tersebut tidak mudah tergugat, sekaligus tidak akan melenyapkan keyakinan para pelabur asing untuk terus menanam modal. Kemajuan dalam aspek ekonomi China telah menarik perhatian negara luar.4 Perkembangan yang dinamik dalam ekonomi di China merupakan di antara perkembangan yang penting dalam abad ke-20. Di bawah pemerintahan beberapa pemimpinnya, China telah mengalami banyak perubahan bergantung kepada dasar yang digubal oleh setiap w pemimpin. Walau bagaimanapun, polisi dan institusi untuk pembangunan ekonomi semasa pemerintahan Mao Zedong5 (1952- 1975) berbeza dengan Deng Xiaoping (1978-1995). Penekanan yang berbeza juga berlaku dalam pembangunan ekonomi pada zaman pentadbiran Jiang Zemin.6 Semasa pentadbiran Mao Zedong, perbezaan yang nyata adalah pelaksanaan dan implementasi ekonomi yang bercorak Soviet (Soviettype economy) ke dalam sistem ekonomi China.7 Peladang bekerja di dalam sebuah kumpulan dan pendapatan yang diperoleh dikongsi bersama. Pasaran telah digantikan dengan rancangan untuk memperuntukkan sumber-sumber dan pelaburan. Bank-bank, perdagangan domestik dan asing pula telah dimiliknegarakan dan berada di bawah kawalan negara. Semasa pemerintahan Deng Xiaoping pula, beliau memfokuskan kepada masalah-masalah ekonomi yang berlanjutan semenjak dari zaman Mao Zedong lagi. Kini, para petani mempunyai hak ke atas tanah mereka dan pengeluaran sendiri serta mendominasi ekonomi di kawasan pedalaman China.

  Dalam usaha mengurangkan jurang di antara tahap teknologi dan keberkesanan dalam ekonomi China dengan negara-negara maju di dunia, maka Deng Xiaoping telah melaksanakan satu dasar iaitu membuka ekonomi China kepada perdagangan dan pelaburan antarabangsa. Perkembangan dalam ekonomi yang bercorak pasaran dengan syarikat-syarikat yang bukan milik negara (non-state enterprise) telah memiliki saham yang dominan dan dapat membuat keuntungan tanpa sebarang kawalan daripada pihak kerajaan. Dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh Deng ini dapat digambarkan sebagai suatu proses yang dilihat seperti sebuah ekonomi sosialis yang memiliki ciri-ciri ekonomi China.8 Perubahan dasar ekonomi dari zaman Mao Zedong kepada Deng Xiaoping ini melibatkan pengagihan kuasa pusat yang signifikan dalam proses pembuatan keputusan dalam aspek ekonomi dan juga tanpa sebarang campur tangan daripada pihak negara dalam aspek kehidupan seharian masyarakatnya. Pada zaman pentadbiran Jiang Zemin, polisi-polisi dalam aspek ekonomi digubal untuk memastikan China dapat meneruskan perkembangan ekonominya dengan lebih baik dan mengatasi masalah ekonomi dengan lebih efisyen. Perkara utama yang diberi tumpuan ialah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk berhadapan dengan kejatuhan ekonomi.9 Purata kadar pertumbuhan ekonomi yang ditunjukkan semasa pentadbiran Deng adalah sebanyak 9.8% dan purata ini berkekalan dalam jumlah yang positif. Namun, pada tahun w 1992-1997 ia telah menunjukkan penurunan dalam keadaan negatif sebanyak 1.17.10 Kadar pertumbuhan purata GDP adalah sebanyak 14.2% pada tahun 1992, 13.5% pada 1993, 12.6% pada 1994, 10.5% pada 1995, 9.6% pada 1996 dan 8.8% pada 1997. Oleh yang demikian, tumpuan utama yang diberikan oleh Jiang Zemin ini berkisar dalam aspek usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memastikan ekonomi China dapat berkembang dengan baik untuk menjadikan China cemerlang dalam aspek ekonominya.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.