Bandar Metropolitan Di China

Bandar Metropolitan Di China

PERINGKAT AWAL

 Parti Komunis China (CCP) menformulakan dasar ekonominya sebagai sesuatu yang sosialis 'dengan karekter China'. Dimulai dengan tahun 1978 kepemimpinan China telah mereformasikan sektor ekonominya daripada suatu yang berasaskan sistem ekonomi kawasan pusat ala Soviet kepada suatu yang lebih kapitalis akan tetapi masih di bawah kawalan politik CCP. Kearah ini pentadbiran menukar ke sistem responsibiliti para keluaga dalam pertanian dalam penggantian sistem lama yang berasaskan penggabunggan, menambah kuasa pegawai tempatan dan pengurus kilang dalam industri, dan membenarkan pelbagai pengusahawanan dalam servis dan perkilangan ringan, dan membuka ekonomi kepada perdagangan dan pelaburan luar. Kawalan harga juga telah dilonggarkan. Ini telah mewujudkan penukaran sistem ekonomi berasaskan komunis kepada sistem ekonomi campuran komunis dan kapitalis.

    Kerajaan PRC tidak suka menekankan kesamarataan apabila ia mula membangunkan ekonominya, sebaliknya ia menekankan kenaikan taraf pendapatan peribadi dan kebolehan membuat pembelian dan mewujudkan sistem-sistem pengurusan baru untuk meningkatkan produktiviti. Kerajaan juga mengfokus kepada perdagangan antarabangsa sebagai salah satu cara untuk meningkatkan sektor ekonomi, dengan ini ia mewujudkan lebih daripada 2,000 Zon Ekonomi Khas (SEZ) dimana undang-undang mengawal pelaburan telah dilonggarkan untuk menarik pelabur asing. Hasilnya adalah KDNK per kapita yang bertambah empat kali ganda sejak tahun 1978. Pada tahun 1999 pula, dengan jumlah penduduk 1.25 bilion dan KDNK yang hanya AS$3,800 per kapita, PRC menjadi ekonomi keenam terbesar di dunia dalam pertukaran wang asing dan ketiga terbesar di dunia selepas Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat daripada segi kuasa pembelian. Purata pendapatan biasa seorang pekerja China adalah AS$1,300. Perkembangan ekonomi negara ini pula dikatakan adalah terpantas di dunia, dengan pertumbuhan mencecah 8% setiap tahun mengikut statistik kerajaannya. Ini menjadikan China sebagai fokus utama dunia pada masa kini dengan hampir kesemua negara, termasuk negara Barat yang mengritik China, ingin sekali menjalinkan hubungan perdagangan dengannya. China kini adalah ahli Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).

FAKTOR PERTUMBUHAN

FAKTOR PERTUMBUHAN

DASAR PINTU TERBUKA Perkembangan dalam hubungan dagangan dan ekonomi China di rantau Asia Pasifik telah memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membangunkan keadaan ekonomi. Pelaksanaan dasar pintu terbuka di China semenjak pada tahun 1977 seharusnya difahami secara keseluruhan di dalam konteks perubahan ekonomi dan sosial. Namun begitu, aspek penting yang ditekankan di sini ialah aspek ekonomi di mana perubahan ini telah membawa kepada proses-proses modenisasi dan seterusnya menggalakkan perkembangan ekonomi di China. Liberalisasi dalam perdagangan asing diteruskan bersama-sama dengan perubahan yang berlaku dalam pengurusan serta organisasi dalam syarikat-syarikat perdagangan di China. 

 16 Keterbukaan China terhadap dunia luar dapat menyumbangkan industri perkhidmatan di China dengan bekalan modal serta mempromosikan pembangunan yang dilakukan di dalam sektor perkhidmatan kepada dunia luar. Terdapat beberapa pertimbangan yang dapat dilihat dari sudut politik mengenai penubuhan Special Economic Zone’s (SEZ’s).

SEZ’s adalah sebuah zon perdagangan yang dibangunkan untuk menjana ekonomi di China. Ia dibentuk dalam sebuah kawasan yang telah ditentukan untuk memastikan agar China dapat bersaing dengan negara lain dalam aspek ekonomi. Berdasarkan kepada undang-undang di China, pelaburan asing yang dilakukan di SEZ’s terlindung daripada sebarang rampasan oleh kerajaan. Ini menjadi satu kebimbangan kepada pelabur asing kerana China yang mengamalkan sistem komunisme.17 SEZ’s ini dibentuk sebagai sebuah entiti yang serba lengkap (self-contained).

 Pada akhir tahun 1970-an, China telah melaksanakan dasar baru ini kepada dunia luar. Menurut pandangan beberapa pemimpin China pemencilannya adalah dianggap sebagai salah satu punca kelemahan. Interaksi yang dijalankan dengan dunia luar dilihat akan lebih memberikan kesan yang positif bagi China iaitu ia akan menjadi lebih kuat dan teguh akibat daripada persaingan yang wujud. Sebagai contoh, negara-negara industri baru seperti Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Hong Kong serta Singapura telah mula berkembang dari aspek ekonominya kerana interaksi mereka dengan pasaran antarabangsa.19 Sekiranya China mengamalkan dasar pemencilan dengan dunia luar, maka China tidak mampu untuk membangunkan negaranya memandangkan China tidak dapat mengadaptasi aspek sains dan teknologi yang amat penting untuk membangunkan negaranya. 

 Program-program yang bakal dilaksanakan dapat memberikan komitmen yang utama kepada pembangunan ekonomi yang menekankan kepada Empat Modenisasi (Four Modernisations) iaitu dalam aspek industri, pertanian, sains teknologi serta keselamatan nasional. Pelaksanaan program ini adalah untuk membentuk China ke arah sebuah negara yang kaya, moden dan sebagai sebuah negara sosialis yang berkuasa pada penghujung abad ke 20.20 Implementasi daripada program ini adalah untuk memastikan agar China berada di barisan hadapan dunia menjelang abad ke-21.21 Strategi ini dilaksanakan untuk menggerakkan ekonomi di China dengan kemasukan teknologi yang terkini. China adalah sebuah negara yang mempunyai kepentingan kepada negara-negara yang terletak di rantau Asia Timur ekoran daripada pelaksanaan dasar pintu yang lebih terbuka kepada dunia luar. Terdapat kira-kira 60%-70% daripada eksport China dan terdapat lebih daripada 50% daripada import China pula yang berlaku di rantau ini. Rakan-rakan dagangan yang penting bagi China seperti Hong Kong, Taiwan, Jepun, Amerika Syarikat dan juga Macau serta pelabur asing yang penting bagi China kebanyakannya daripada negara-negara yang tertumpu di rantau ini.22 Berdasarkan kepada statistik yang diperoleh pada tahun 1991, jumlah keseluruhan pelaburan asing yang berpunca daripada Macau dan Hong Kong berada di tempat pertama iaitu sebanyak 62.6%, Taiwan 11.58%, diikuti dengan Jepun sebanyak 6.77%, Amerika Syarikat 4.5% dan Singapura 1.28%. Kelima-lima negara yang dinyatakan ini secara tidak langsung telah menyumbangkan kepada 86% pelaburan di w China. 

 

 

 


BAGAIMANA CHINA MENGUASAI EKONOMI DUNIA

KEBANGKITAN

 

PEMBANGUNAN EKONOMI CHINA DI BAWAH KUASA KOMUNIS Dalam matlamatnya mencapai taraf sebuah negara maju, China telah berusaha untuk membentuk satu sistem ekonomi yang teratur serta mampu untuk menangani sebarang krisis atau masalah yang timbul supaya keadaan ekonomi di negara tersebut tidak mudah tergugat, sekaligus tidak akan melenyapkan keyakinan para pelabur asing untuk terus menanam modal. Kemajuan dalam aspek ekonomi China telah menarik perhatian negara luar.4 Perkembangan yang dinamik dalam ekonomi di China merupakan di antara perkembangan yang penting dalam abad ke-20. Di bawah pemerintahan beberapa pemimpinnya, China telah mengalami banyak perubahan bergantung kepada dasar yang digubal oleh setiap w pemimpin. Walau bagaimanapun, polisi dan institusi untuk pembangunan ekonomi semasa pemerintahan Mao Zedong5 (1952- 1975) berbeza dengan Deng Xiaoping (1978-1995). Penekanan yang berbeza juga berlaku dalam pembangunan ekonomi pada zaman pentadbiran Jiang Zemin.6 Semasa pentadbiran Mao Zedong, perbezaan yang nyata adalah pelaksanaan dan implementasi ekonomi yang bercorak Soviet (Soviettype economy) ke dalam sistem ekonomi China.7 Peladang bekerja di dalam sebuah kumpulan dan pendapatan yang diperoleh dikongsi bersama. Pasaran telah digantikan dengan rancangan untuk memperuntukkan sumber-sumber dan pelaburan. Bank-bank, perdagangan domestik dan asing pula telah dimiliknegarakan dan berada di bawah kawalan negara. Semasa pemerintahan Deng Xiaoping pula, beliau memfokuskan kepada masalah-masalah ekonomi yang berlanjutan semenjak dari zaman Mao Zedong lagi. Kini, para petani mempunyai hak ke atas tanah mereka dan pengeluaran sendiri serta mendominasi ekonomi di kawasan pedalaman China.

  Dalam usaha mengurangkan jurang di antara tahap teknologi dan keberkesanan dalam ekonomi China dengan negara-negara maju di dunia, maka Deng Xiaoping telah melaksanakan satu dasar iaitu membuka ekonomi China kepada perdagangan dan pelaburan antarabangsa. Perkembangan dalam ekonomi yang bercorak pasaran dengan syarikat-syarikat yang bukan milik negara (non-state enterprise) telah memiliki saham yang dominan dan dapat membuat keuntungan tanpa sebarang kawalan daripada pihak kerajaan. Dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh Deng ini dapat digambarkan sebagai suatu proses yang dilihat seperti sebuah ekonomi sosialis yang memiliki ciri-ciri ekonomi China.8 Perubahan dasar ekonomi dari zaman Mao Zedong kepada Deng Xiaoping ini melibatkan pengagihan kuasa pusat yang signifikan dalam proses pembuatan keputusan dalam aspek ekonomi dan juga tanpa sebarang campur tangan daripada pihak negara dalam aspek kehidupan seharian masyarakatnya. Pada zaman pentadbiran Jiang Zemin, polisi-polisi dalam aspek ekonomi digubal untuk memastikan China dapat meneruskan perkembangan ekonominya dengan lebih baik dan mengatasi masalah ekonomi dengan lebih efisyen. Perkara utama yang diberi tumpuan ialah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk berhadapan dengan kejatuhan ekonomi.9 Purata kadar pertumbuhan ekonomi yang ditunjukkan semasa pentadbiran Deng adalah sebanyak 9.8% dan purata ini berkekalan dalam jumlah yang positif. Namun, pada tahun w 1992-1997 ia telah menunjukkan penurunan dalam keadaan negatif sebanyak 1.17.10 Kadar pertumbuhan purata GDP adalah sebanyak 14.2% pada tahun 1992, 13.5% pada 1993, 12.6% pada 1994, 10.5% pada 1995, 9.6% pada 1996 dan 8.8% pada 1997. Oleh yang demikian, tumpuan utama yang diberikan oleh Jiang Zemin ini berkisar dalam aspek usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memastikan ekonomi China dapat berkembang dengan baik untuk menjadikan China cemerlang dalam aspek ekonominya.

ANALISIS EKONOMI

 

  • ·        Dalam 30 tahun kebelakangan ini, China bangkit sebagai sebuah negara yang membangun dari sudut ekonominya. Kebangkitan China tersebut telah memberi kesan terhadap struktur ekonomi global dan memberi kesan terhadap hubungan multilateral perdagangan serantau. Keadaan ini telah memberi pengaruh yang besar terhadap hubungan AS-China. Hal ini demikian kerana kebangkitan China sebagai sebuah kuasa ekonomi di rantau Asia telah memberi kebimbangan terhadap Amerika Syarikat (AS) kerana keadaan tersebut boleh menggugat kedudukan AS sebagai sebuah kuasa unipolar selepas era Perang Dingin (Cold War).
  • ·        Laporan terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bertajuk World Economic Outlook, October 2020: A Long and Difficult Ascent mengesahkan bahawa China telah memintas Amerika Syarikat (AS) sebagai kuasa ekonomi nombor satu dunia.
  • ·        Laporan IMF itu yang merupakan satu-satunya laporan perbandingan ekonomi antara negara yang diterima pakai Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mencatatkan bahawa nilai ekonomi China kini ialah US$24.2 trilion, mengatasi AS yang bersaiz US$20.8 trilion. Profesor Graham Allison dari Harvard Kennedy School mengulas laporan IMF itu dengan agak menarik melalui ‘Big Mac Index’ seperti mana yang dilaporkan majalah The Economist.
  • ·        Menurut Professor Allison, usaha untuk mengukur seterusnya membandingkan ekonomi antara dua negara yang berbeza adalah cukup kompleks. Secara konvensionalnya, ahli ekonomi menggunakan metrik yang dikenali sebagai kadar tukaran pasaran (MER) untuk mengukur Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) sesebuah negara.
  • ·        Kaedah itu menghimpunkan kesemua barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan sesebuah negara dalam mata wang mereka sendiri dan kemudian jumlah nilai tersebut dibandingkan dengan nilai mata wang US$ mengikut ‘kadar tukaran pasaran’ semasa.
  • ·        Ekonomi AS dijadikan sandaran perbandingan kerana kekuatan ekonominya selepas Perang Dunia Kedua yang menyaksikan saiz ekonominya hampir separuh daripada keseluruhan KDNK global.
  • ·        Bagi tahun 2020, nilai keseluruhan barangan dan perkhidmatan dihasilkan di China dijangka sebanyak 102 trilion Yuan. Apabila nilai itu ditukar ke mata wang US$ pada kadar pasaran semasa iaitu 7 Yuan bersamaan 1 Dollar, KDNK MER China adalah US$14.6 trilion berbanding KDNK AS yang bernilai US$20.8 trilion.