Bandar Metropolitan Di China

Bandar Metropolitan Di China

FAKTOR PERTUMBUHAN

FAKTOR PERTUMBUHAN

DASAR PINTU TERBUKA Perkembangan dalam hubungan dagangan dan ekonomi China di rantau Asia Pasifik telah memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membangunkan keadaan ekonomi. Pelaksanaan dasar pintu terbuka di China semenjak pada tahun 1977 seharusnya difahami secara keseluruhan di dalam konteks perubahan ekonomi dan sosial. Namun begitu, aspek penting yang ditekankan di sini ialah aspek ekonomi di mana perubahan ini telah membawa kepada proses-proses modenisasi dan seterusnya menggalakkan perkembangan ekonomi di China. Liberalisasi dalam perdagangan asing diteruskan bersama-sama dengan perubahan yang berlaku dalam pengurusan serta organisasi dalam syarikat-syarikat perdagangan di China. 

 16 Keterbukaan China terhadap dunia luar dapat menyumbangkan industri perkhidmatan di China dengan bekalan modal serta mempromosikan pembangunan yang dilakukan di dalam sektor perkhidmatan kepada dunia luar. Terdapat beberapa pertimbangan yang dapat dilihat dari sudut politik mengenai penubuhan Special Economic Zone’s (SEZ’s).

SEZ’s adalah sebuah zon perdagangan yang dibangunkan untuk menjana ekonomi di China. Ia dibentuk dalam sebuah kawasan yang telah ditentukan untuk memastikan agar China dapat bersaing dengan negara lain dalam aspek ekonomi. Berdasarkan kepada undang-undang di China, pelaburan asing yang dilakukan di SEZ’s terlindung daripada sebarang rampasan oleh kerajaan. Ini menjadi satu kebimbangan kepada pelabur asing kerana China yang mengamalkan sistem komunisme.17 SEZ’s ini dibentuk sebagai sebuah entiti yang serba lengkap (self-contained).

 Pada akhir tahun 1970-an, China telah melaksanakan dasar baru ini kepada dunia luar. Menurut pandangan beberapa pemimpin China pemencilannya adalah dianggap sebagai salah satu punca kelemahan. Interaksi yang dijalankan dengan dunia luar dilihat akan lebih memberikan kesan yang positif bagi China iaitu ia akan menjadi lebih kuat dan teguh akibat daripada persaingan yang wujud. Sebagai contoh, negara-negara industri baru seperti Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Hong Kong serta Singapura telah mula berkembang dari aspek ekonominya kerana interaksi mereka dengan pasaran antarabangsa.19 Sekiranya China mengamalkan dasar pemencilan dengan dunia luar, maka China tidak mampu untuk membangunkan negaranya memandangkan China tidak dapat mengadaptasi aspek sains dan teknologi yang amat penting untuk membangunkan negaranya. 

 Program-program yang bakal dilaksanakan dapat memberikan komitmen yang utama kepada pembangunan ekonomi yang menekankan kepada Empat Modenisasi (Four Modernisations) iaitu dalam aspek industri, pertanian, sains teknologi serta keselamatan nasional. Pelaksanaan program ini adalah untuk membentuk China ke arah sebuah negara yang kaya, moden dan sebagai sebuah negara sosialis yang berkuasa pada penghujung abad ke 20.20 Implementasi daripada program ini adalah untuk memastikan agar China berada di barisan hadapan dunia menjelang abad ke-21.21 Strategi ini dilaksanakan untuk menggerakkan ekonomi di China dengan kemasukan teknologi yang terkini. China adalah sebuah negara yang mempunyai kepentingan kepada negara-negara yang terletak di rantau Asia Timur ekoran daripada pelaksanaan dasar pintu yang lebih terbuka kepada dunia luar. Terdapat kira-kira 60%-70% daripada eksport China dan terdapat lebih daripada 50% daripada import China pula yang berlaku di rantau ini. Rakan-rakan dagangan yang penting bagi China seperti Hong Kong, Taiwan, Jepun, Amerika Syarikat dan juga Macau serta pelabur asing yang penting bagi China kebanyakannya daripada negara-negara yang tertumpu di rantau ini.22 Berdasarkan kepada statistik yang diperoleh pada tahun 1991, jumlah keseluruhan pelaburan asing yang berpunca daripada Macau dan Hong Kong berada di tempat pertama iaitu sebanyak 62.6%, Taiwan 11.58%, diikuti dengan Jepun sebanyak 6.77%, Amerika Syarikat 4.5% dan Singapura 1.28%. Kelima-lima negara yang dinyatakan ini secara tidak langsung telah menyumbangkan kepada 86% pelaburan di w China. 

 

 

 


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.